Mesej daripada Puan Pengetua TIGS.

|
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,
Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua guru, staf sokongan, murid dan ibu bapa warga TIGS. Hari ini 01 Januari 2010 dan esok 02 Januari 2010 merupakan hari-hari yang penting kerana semua murid lama dan baru mendaftar diri bagi memulakan sesi persekolahan 2010. Selamat datang dan selamat kembali ke sekolah dengan azam dan semangat yang berkobar-kobar menghadapi cabaran baru tahun 2010.
Tahun 2010 telah tiba. Selamat tinggal tahun 2009. Namun segala usaha yang baik dan cemerlang yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2009 haruslah dapat diteruskan lagi dalam tahun 2010 ini. Tahun 2009 dan segala catatan kejayaan sepanjang tahun itu telahpun menjadi bahan sejarah. Adakah kita dapat mengulangi dan mempertahankan kejayaan tersebut, bergantung kepada kemahuan dan kehendak diri kita. Dengan adanya kehendak dan kemahuan yang meluap-luap dalam diri kita untuk meraih kejayaan yang lebih cemerlang disertai dengan usaha yang berlipatganda, sudah pasti kejayaan dan kecemerlangan yang kita sasarkan itu dapat dicapai.
Sempena tahun baru ini, wajarlah kita semua bermuhasabah diri, melihat ke dalam diri kita sedalam-dalamnya, merenung kembali setakat manakah kita telah berusaha memenuhi kehendak dan kemahuan kita itu. Jika hanya mempunyai semangat dan azam yang berkobar-kobar dan membara saja, tanpa diikuti dengan perancangan dan usaha, akan jadilah azam itu sebagai azam saja yang tidak membawa apa-apa perubahan kepada kehidupan kita. Anak-anak yang dikasihi, fikirlah lebih jauh sedikit ke hadapan, dengan pencapaian kita sekarang, apa kita akan jadi lima tahun atau sepuluh tahun akan datang.
Tahniah kepada semua murid lepasan PMR terutama yang telah mencapai kemerlangan dalam peperiksaan tersebut. Bagi murid-murid calon PMR 2010, kita mesti teruskan usaha untuk meningkatkan lagi kecemerlangan PMR 2010. Walaupun kita mengekalkan keputusan 100% (219 orang), namun GPS merosot dari 1.18 kepada 1.19 ( 0.01) dengan bilangan semua A merosot dari 50.58% (132 daripada 259 orang) tahun 2008 kepada 46.12% (101 daripada 219 orang) tahun 2009. Sebenarnya kita boleh mencapai keputusan jauh lebih baik lagi kerana terdapat 40 orang calon 'nearmissed' iaitu 8A 1B (1 orang) , 7A, 1 B (38 orang) dan 6A 1B (1 orang). Kita 'missed' Semua A 40 orang, JIKA TIDAK tentu kita mencatatkan sejarah baru 141 orang (64.38%). Dengan kata lain kita 'missed' 18.26%. Renung dan fikirkanlah.
Walau apa pun, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah, terima kasih atas usaha guru-guru yang tidak pernah kenal penat, tidak pernah kenal jemu untuk terus berusaha membimbing murid-murid untuk mencipta kejayaan itu dan akan sentiasa berdoa agar tahun 2010 ini akan mengukir sejarah kecemerlangan baru. Terima kasih juga kepada PIBG dan ibu bapa yang sentiasa menyokong setiap usaha yang dilaksanakan oleh pihak sekolah. Moga kolaborasi ini akan berterusan demi kecemerlangan anak-anak kita di TIGS.
Sekian, terima kasih. Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,
Anak-anak yang dikasihi sekalian, Peperiksaan SPM dan STPM bakal menjelang pada hari Rabu (18 November 2009 ) ini. Ianya merupakan kemuncak perjuangan anak-anak semua dalam pelajaran selama 4 atau 5 tahun di sekolah menengah. Kita semua kena akur betapa pentingnya peperiksaan yang bakal anak-anak semua hadapi untuk menentukan hala tuju ke pengajian tinggi yang menjadi impian masing-masing. Justeru itu saya amat-amat berharap agar anak-anak semua akan meneruskan usaha walaupun pada saat-saat akhir, jangan lupa restu ayah dan ibu, dekatkan diri dengan Tuhan dan akhir sekali bertawakkallah kepada-Nya. Insyaallah, saya pasti kejayaan akan menjadi milik anda!
ANDA BOLEH!!! YAKIN BOLEH! !!! TIGS YAKIN BOLEH!!!
Sekian.
>> Read more
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Selamat bercuti kepada semua murid dan guru. Gunakan masa dengan bijak dan berkualiti dan selamat menduduki PTK kepada semua guru dan staf sokongan. Saya doakan semuanya berjaya mendapar Aras IV. Selanjutnya boleh layari blog saya.
Terima kasih.Page: 1 2 3 4 5 NEXT
|