administrator Posts: 16 Since: 19/04/2002 22:31 From: Batu Pahat / Malaysia | Tips Mengingat Kepada Calon-calon PMR 2009 Posted: 06/10/2009 07:56 | Kepada semua calon-calon PMR, diucapkan semoga dapat meghadapi hari-hari peperiksaan dengan kesihatan yang paling optimum fizikal dan mental. Di bawah ini disertakan bagaimana tips untuk mengingat:
i. Petua mengingati fakta-fakta yang sukar ialah sama ada dengan membentuk akronim bagi pangkal huruf fakta ataupun mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang mempunyai kaitan dalam hidup anda.
(Pelajar cemerlang PMR yang mendapat 16 A, Yap Swee Lin berkata, untuk memudahkan beliau mengingati fakta sejarah beliau membayangkannya dalam bentuk persembahan teater)
ii. Membentuk rajah dan diagram mudah terutamanya bagi mengingati fakta-fakta yang memerlukan urutan.
iii. Berlagak seperti guru. Anda boleh mencuba petua ini iaitu dengan cara menjelaskan sesuatu konsep secara verbal dan bukan bergantung kepada bahan atau buku-buku ulang kaji. Dengan berbuat begini, anda boleh membayangkan sesuatu konsep secara lebih jelas.
Post reply |